Nuffnang Ads

Wednesday 27 January 2016

Malam Aspresiasi Mahasiswa (MAM)

Assalamualaikum

Beberapa hari yang lepas telah pun diadakan Malam Aspresiasi Mahasiswa (MAM) di N'Dah Catering, Shah Alam. Alah tu tempat orang kahwin tu. Tak kisah lah tempatnya besar ke kecil ke janji kami dapar meraikan semua yang hadir bersama-sama.

MAM tu untuk apa ek?

Untuk pengetahuan semua, MAM tu adalah untuk celebrate mereka yang telah mendapat Dean List (DL) dalam semester yang lepas. Kira penghargaan kepada mereka lah. Rasanya setiap fakulti akan buat malam aspresiasi ni cuma kalau nak save bajet mungkin mereka akan buat dekat dewan kuliah lah kot.

Dewan kuliah?

Eh.. tak pelah dewan kuliah pun kau nak grand-grand sangat kenapa? Yes.. Mybe some people nak kan yang grand iyelah mestilah nak celebrate hari kejayaan mereka dekat tempat-tempat yang cantik and most important mesti lah nak pakai pakaian yang bergaya sesuai lah dengan tempat yang mahal-mahal. Setakat dewan kuliah baik pakai baju kurung je..

Eh adik-adik yang hakak sayangi sekalian. Walau dimana kita berada kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Tak kisah lah buat dimana pun janji kita semuaaaaa dapat meraikan hari kegembiraan dan kejayaan tu bersama sama.

Kalau aku tak kisah je buat di mana-mana. Tapi, yang duduk jejauh tu mesti lah nak send gambar best-best dekat family dorang kan. So, worth lah bila celebrate dekat tempat grand sikit ceh!


Sebelum bertolak, tangkap gambar kenangan dulu lah.


Team of IC110-2B . erm.. Baru part 2, tak sabar rasa nak master cepat-cepat. 










Thank you Baina sebab bagi pinjam baju *tutup muka* Sebab tema dia hitam merah, Jadi memang tak bawa baju jubah hitam so pinjam orang jelah. Itu je yang mampu. 









Wednesday 20 January 2016

Kawan susah senang

Assalamualaikum

Andai di dunia ini kita merasakan diri kita hebat
Tidak memerlukan sahabat untuk membantu
Jika kau rebah dan ketika itu
Baru kau sedar akan kepentingan seorang sahabat
Maka, kehebatan kau tiada guna lagi
Kerana, erti sebuah persahabatan itu sangat besar nilainya
Sebab itu...
Kehebatan yang kau bawa pada hari ni bukan saja dari usaha kau semata
Tetapi, doa sahabat kau juga

Ni baru je balik dari koko, ceh tak lah baru pun adalah dalam satu jam yang lepas. Tapi penat dia masih terasa sampai la ni. Apa tak nya, koko dari pukul 4petang sampai 7petang. Sambung pula malam dari 9malam sampai 10.50 malam. Ya Allah. Boleh hang habaq sama haku cemana hang nak solat dengan khusyuknya bila kena rushing sebegitu hebat sekali.

Apa pun, kita sebagai khalifah yang always commit sin, always do mistake, always forget to Allah as our creature. Kita cuba. Bukan setiap hari cuba, but every second in our life. Cuba untuk sentiasa positif dan semangat dalam apa jua yang kita lakukan.


Jadi, bila aku balik je dari kesatria (koko). Aku terus makan sebab sangat lapar. Sayang mak sebab setiap hari hantarkan makanan ke sini. Muah Muah. Aku rasa macam tak larat sangat, but that doesnt mean i'm lost. Aku cuma penat fizikal tapi rohani masih kental. CEH!

Then, aku pun text seorang ni. Disebabkan budak ni ha online, and boleh kata setiap hari kami akan bersama ke kelas ke kafe ke tandas. Tandas? So, aku rasa lebih selesa lah kalau mengadu dekat dia ni ha. 

Oh My! Esok je dah ada dua presentation serentak. And.. and.. im not ready yet for my presentation. Nasib assignment dan slide dah siap. Cumanya... Nak cakap nanti? I need to speak in english.. huh kawan baik tu. -_-" dan ayat ahkam. Masyaallah. Moga Allah permudahkan.

Quratu (text above there) terima kasih lah bagi semangat. Rasa gagah sikit lah sekarang ni haha. Walaupun mata ngantuk, tapi kena tahan juga demi presentation esok. Im really hope our group presentation will going smooth. And please! all my friends do not sleep during presentation. Berkat sikit lah ilmu tu bila fokus orang cakap walaupun tak paham. Pahe dok?



 Thanks for being my new friend | Much love | Farha and all my girlfriends in ic110-2b. 
 Much Love. 

Monday 18 January 2016

UITM Night scene

Assalamualaikum

Now! 11.28pm and im still wide-awake, and tomorrow i have group presentation for Usul Fiqh Subject, always keep me in your prayers, yah! Yah.. i just want to share with all of you how i feel during this second semester. Most of subject that i need to taken, i've chose to be a first member who need to present. And of course, i need to take fastest action to settle all the tasks given.

Allahu !

That was so tiring! sometimes i cant do it all, in one time. But i've another way how to release all this burden and how to not easily give up! You want to know?

1) Always tajdid (renew) you niat
2) Always remind yourself, this ilmu is for ukhrawi too. It all goes to pahala. Dont set it your mind "I want to get 4 flat for every semester". Please avoid it. It will crash your main moto - for the sake of Allah
3) Take a rest. Dont push yourself, you'll get dizzy on the other day.

So. What im gonna do if i found myself too sleepy during my assessments?

Simple . Easy .

Open your curtain and window's room and take a smooth breath. Inshaallah, You'll back to normal and will start your assessments with more energy in your body.

What you waiting for?? Do it now!!


look! the scene outside is very beautiful and full of light! Saya Suka.




Friday 15 January 2016

Tamparan Hebat SAM Nurul Iman (SAMNI)

Assalamualaikum

Semalam..

Bila aku scroll down feed yang keluar di wechat, tiba-tiba aku terstop sekejap. Terbaca satu status ni yang menyatakan tentang Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI). That's my secondary school. Baca-baca lagi bila habis baca baru tengok gambar.

"Macam pernah nampak budak ni? Yes.. Itu junior saya dan kita sama-sama berlatih bola jaring dulu kita sama-sama lawan bola jaring dulu."

Alhamdulillah. only came out from my mouth.

Rasa bersyukur kerana buat kali kedua nya SAMNI sekali lagi memegang antara sekolah terbaik Sekolah Agama Menengah (SAM) dalam Sijil Menengah Agama (SMA).

Adik, Aina Syazzelina. I know,awak tak lupa kak tikah ni lagi. -_- Apa yang akak nak sampaikan, awak adalah seorang yang memang dari form 1 lagi dah nampak kepimpinan awak, batch awak memang antara yang terbaik Inshaallah, i hope bukan dekat sekolah saja tapi bila dah keluar dari sekolah.

Sebagai ex-student Samni, akak berbangga dengan pencapaian adik-adik bukan dari segi akademi saja.. Tapi jauh lagi penting akhlak adik-adik keperibadian serta sahsiah yang adik-adik tonjolkan. Kerana itu merupakan satu faktor kejayaan adik-adik pada hari ini.

Perkara palingggg penting selain doa ibu ayah. Doa guru-guru ustaz ustazah di sekolah. Doa ustazah-ustazah dan para ustaz lah yang membawa kepada kecemerlangan kamu sebagai seorang pelajar yang terbaik. Tanpa doa guru-guru tak mungkin segala yang adik2 termasuk akak juga akan dapat kita capai.




Sejujurnya. Dalam banyak-banyak tahun aku hadapi. Tahun 2013 menjadi tahun yang paling susaaah sekali nak lupa. Tahun tu juga tahun aku hadapi SMA. Apa tak nya, sebelum start kelas ustazah2 akan mulakan dengan tazkirah dengan nasihat dan ceramah. Masyaallah sangat! Walaupun aku ni memang tak boleh bawa subjek SMA (jujur sangat) alhamdulillah aku bersyukur masih diberi peluang mendapat jayid jiddan dalam keputusan SMA masa tu. (sampai nangis2 hafal sebab memang down apa yang baca tak masuk, hanya mampu tawakkal lepas baca) 2013 SMA

Ini semu berkat doa ustazah2.. 



Tahniah juga pada 31 orang pelajar yang mendapat mumtaz. Alhamdulillah.. Rock your SPM ! Tahun lepas dah berhempas pulas untuk SMA, tahun ni do your best untuk SPM. Inshaallah niat betul Allah mudahkan.

To Aina Syazzelina.  Semoga dengan pencapaian ni akan menjadi inspirasi kepada adik2 junior lain untuk turut sama ikut jejak langkah awak.

... Just want to share, masa pergi kenduri kahwin yang lepas. Ada seorang ni tanya dekat aku since dia tahu dulu aku sekolah Nurul Iman. Dia tanya.

Macam mana nak buat rayuan dekat SAMNI ye? Sebab memang susah sekarang nak masuk situ.

Aku pun jawab. "Saya tak tahulah, sebab dulu masa saya masuk form 1 memang senang. Tapi sekarang dah susah."

Konklusi nya. Inshaallah, Nurul Iman akan menjadi setaraf dengan sekolah2 yang hebat (sahsiah dan akademi). Dulunya SAMNI tidak dikenali dan hanya terkenal dengan pelajar-pelajar buangan, Kini terbukti Sekolah yang dikelilingi bukit bakau juga mampu menjadi setinggi sekolah agama yang lain,

LAHIRNYA PELAJAR YANG HEBAT KESAN DIDIKAN GURU YANG HEBAT

"Sungguh milik Allah lah apa yang ada dilangit dan yang dibumi..."

Doa kami untuk SAMNI (love from Shariah Student :) Uitm Puncak Alam)

Tuesday 12 January 2016

Masa


belajar bertemankan jam, sebab tak ada roomate. 


Dalam mengejar hal keduniaan, tanpa kita sedar masa berlalu sangat pantas.
You pergi kelas? berjalan dah ambil masa 15 mnit dengan nak tunggu lif lagi dengan ramai orang lagi. OH MY!sangat serabut kan? Rasa nak baling semua orang yang menghalang kita bila kita tengah laju berjalan.

Awak dan awak semua. Pernah dengar tak? "Allah itu dekat dengan kita".
Percaya lah ayat di atas. "Allah itu dekat dengan hambanya".
Kalau tidak, mana mungkin kau masih diberi peluang untuk hidup. mana mungkin kau masih diberi peluang untuk menuntut ilmu yang luas ni, Ini semua rahmat dan kurniaan Ilahi. Adakah kita masih tidak bersyukur?

Bertemankan masa dalam urusan harian , memikirkan waktu yang semakin singkat sememangnya membuatkan manusia sangat kabut dalam urusan harian. Nak uruskan anak, kerja belajar lagi. Tapi satu kita lupa. SATU perkara yang manusia sering lemah. sebab kita tahu manusia ni Allah cipta lemah. Sebab itu kita perlukan pada Pergantungan.

Siapa tempat kita bergantung? Siapa yang perlu kita bergantung? Adakah kawan? Ibu bapa?

Yes.. kawan apatah lagi ibu bapa antara tempat kita bergantung, kita bercerita masalah and all. masalah yang sesetengah manusia hadapi, dia suka berdiam diri dan ada juga jenis manusia yang malu nak bercerita pada manusia termasuk ibu bapa.
Jadi apa yang perlu dilakukan? Adakah dipendam sehingga membawa pada perkara yang tak elok.

Guys! Kita ada Pencipta. Kita ada Allah. Satu-Satunya yang menjadi tempat pergantungan tempat segala kita meluahkan permasalahan tempat kita meminta.. Segalanyalah pada Dia.

Andai suatu hari awak merasa masa ini terlalu suntuk dalam mengejar cita-cita awak. Mungkin awak mistaken mungkin awak silap pada mana-mana part yang kita sendiri tak sedar.

Hubungan kita dengan Allah?

Apabila hubungan kita dengan Allah renggang, bagaimana kita nak kan sesuatu yang lebih hebat. Bagaimana kita nak capai segala yang kita impikan. sedangkan itu semua MILIK Allah. Datang dari Allah Pemilik sekalian alam.

Makanya, ambillah sedikit masa untuk kita renung balik kesilapan, dan bila awak bangun pada keesekon hari, jadilah manusia yang paling paling bahagia. Sebab apa? Sebab kita dah tahu tang mana kesilapan kita.. dan pada hari itu juga kita sentiasa usaha untuk perbaikinya.

Dekatkan diri dengan Allah, inshaallah Allah itu dekat dengan kita.

Masa? Inshaallah 24 jam tu cukup untuk kita buat segalanya. Remind to myself too (dahulukan Allah, Allah akan permudahkan urusan yang ingin kita utamakan)

Thursday 7 January 2016

How the idea come?

Assalamualaikum!

So. Alhamdulillah. semua berjalan lancar tentang free delivery dinner. Tapi biasalah risiko hantar bilik ke bilik ni memang agak sukar apatah lagi bila customer bertubi-tubi what's up

Bila makanan sampai ye?
Bila makanan deliver ye?
Awak lambat lagi ke?
Awak saya lapar ni bila makanan nak sampai?

So.. Ayat-ayat di atas adalah ayat biasa yang diberikan customer.
Jadi di sini, aku nak kata bahawa bila kita berbisnes kita perlu berani mengambil risiko.
Kalau risiko takut nak hadapi, bagaimana bisnes nak maju? Betul tak

Jadi antara risiko yang akan berlaku macam.
1) order terkurang
2) order terlebih
3) lambat hantar (sebab terlalu banyak order untuk deliver)

Ini antara risiko yang perlu seseorang berani tempuh. Inshaallah, pada permulaan mungkin awak akan give up sebab terlalu penat especially when you have alot of assignment to settle. And at the same time, you need to do multiple task. Is it tired right?
and have you ever think that.. when you do so, what will happen with you in the classes morning?
Ngantuk ke tak?
Yes.. Of course. Tapi apa yang aku buat? Aku tak tidur. Aku tahan je mata dan make eye contact with the lecturer although kau tak faham apa dia ajar.

why ?

SEBAB ITU SEMUA ADA KEBERKATAN

again i say

SEBAB ITU SEMUA ADA KEBERKATAN

percayalah. Aku dah pernah try memang mujarab.



Alhamdulillah, Ready untuk di bawa ke UITM dan dihantar dari bilik ke bilik. Thank You Allah.

So? How the idea come to make free delivery dinner

Actually. Idea tu datang masa seorang student ni dia buat jualan juga, nasi lemak RM1. memang banyak sangat sambutan. Aku pun beli tau, sangat sedap dan berbaloi. 
And suatu malam, masa tu aku tak boleh tidur, Aku terfikir why not aku buat benda yang sama tapi kita deliver malam. Jadi, esok pagi tu bangun tidur tu after mandi wangi-wangi semua bagai. Aku terus cakap dekat mak dan kakak-kakak aku pasal idea ni. Jadi nya.. kami kumpul menu dan disscuss harga semua. Dan Alhamdulillah... akhirnya disinilah kami,

I hope this post will inspired you to think out of the box on how to get money while you are still studies. If you have more logical idea, mind to share with me hokay! 
Just leave your comment down below. Love all :)

Berniaga sambil belajar

Assalamualaikum!

alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita semua dalam menjalani kehidupan ini, masih memberi kita peluang untuk menghirup udara ini, masih memberi peluang untuk berjalan makan minum. Kalau kita nak list kan setiap satu nikmat yang Allah bagi tu memang tak cukup kan. Nampak tak, betapa Allah tu sayang sangat dengan kita. Beri kita mata untuk melihat mulut untuk bercakap hidung untuk menghidu telinga untuk mendengar. Tapi adakah kita bersyukur dan sentiasa mengucap ALHAMDULILLAH?

Moga Allah jauhkan kita daripada kelalaian. Sentiasalah berdoa agar diteguhkan hati dengan tali Allah (Agama Islam) . Mudah-mudahan.

Actually, i'm quite busy since dah masuk minggu ke-5 belajar ni. Mulalah dengan assignment presentation yang tak pernah nak stop , busy with test and quiz yang akan start pada bila-bila masa di mana jua (okay ni tipu). Tapi, aku gagahkan jua untuk menulis. Masa tu ada tapi kena cari, Inshaallah Allah mudahkan.

Students di luar sana.. banyak aku dengar pasal makanan mahal lah kena diet lah sebab banyak kena beli buku bayar events itu ini sampai ada yang pengsan sebab tak makan dua hari? Is it true? itu apa yang aku dengar.

So, demi langkah berjaga aku telah mengambil beberapa langkah untuk aku tambah side-income. Disebabkan aku muamalat student aku fikir why not aku try berniaga di kampus ni. Erm.. Since background family aku semuanya bisnes aku rasa ni semua gara-gara keturunan. Jadi nya aku pun turut sama terjun dalam bidang perniagaan.

Perniagaan? alaah yang biasa-biasa je. -__-

Tak de lah. Bukan buka butik ke kafe ke apa. Tak. Tapi, aku nak ucap terima kasih sangat pada (put the name) ni sebab dia dah memberi inspirasi pada aku untuk buat delivery dinner.

Actually, Free Delivery Dinner ni baru je start isnin yang lepas, 5/1/2016 dan aku telah membuat satu idea yang mana aku rasa why not memalam tu kita buat delivery dinner dekat kolej. Sebab aku tahu sangat perangai student UITM ni malas sangat nak turun kafe memalam beli makanan (aku lah tu) jadinya mereka akan makan biskut dan seberadik dengannya if lapar. Dan Alhamdulillah baru saja 4 hari berlalu information tentang jualan ni telah tersebar luas di UITM Puncak Alam.

aku sendiri tak tahu how boleh tersebar. Pada mulanya aku just buat deliver for girls only tapi tiba-tiba sampai ke pengetahuan kolej lelaki. Okay lah, aku buat juga tapi tak deliever ke bilik lah cuma dorang kena turun ambil makanan.

Eh.. Kau ke tikah yang masak dan hantar makanan?

answer: bila masa aku nak buat semua tu? aku ni kan kat kolej tak kan bawa periuk belanga segala bagai masak dalam bilik ni.

Eh.. Habis tu siapa yang buat semua tu?

answer: aku hanya catit semua order students, dan list order akan diserahkan pada kakak-kakak dan mak aku yang berada di rumah untuk masak. Dan pada waktu malam tu dorang dah start deliver ke bilik bilik.

(PENAT LAH PULAK MENAIP NI)


Buat simple-simple macam ni je, lepastu hantar dekat group-group. Alhamdulillah dengan students UITM yang sangat lah baik mereka dah tolong saya dalam viralkan informasi ni, Thank you juga pada sahabat saya yang saya cintai Lubaina, Qurratu, Farha, Semua lah.. banyak sangat support saya. Terharu.






Alhamdulillah, Tak menang tangan nak salin order-order yang ada. Alhamdulillah. Cuma nak beritahu, post ni bukan nak apa pun. Cuma aku berharap post kali ni dapat memberi isnpirasi dan manfaat kepada student yang still buntu how to get side income masa belajar ni.

Thank you!


Friday 1 January 2016

BTC Puncak Alam,fasa3

Assalamualaikum and hai.

Nampaknya 2016 pun sudah pun bermula. Makanya masing-masing mula mempunyai azam masing-masing untuk dicapai. Tapi, yang aku sangat pelik, dalam islam kita dah ada bulan maharam sebagai titik permulaan, tetapi mengapa perlu kepada tahun 2016 juga ? Maka, selepas ni marilah kita sama-sama menjadikan bulan islam sebagai titik permulaan kehidupan kita. Inshaallah, kita sama-sama berubah ye. Yok!

Walau apa pun, tak menjadi kesalahan pun nak jadikan 2016 tu sebagai diri kau yang baru (i mean, azam baru sikap baru .. bukan clone yang ..yang tu tu, alaaahhh budak form3 belajaq kot benda ni, aku ingat lagi). Tapi, sebagai islam adalah lebih baik untuk jadikan muharam itu sebagai titik permulaan. Aku pun tak tahu bagaimana mahu explain. Faham kan apa yang aku nak sampaikan? Tak faham sila e-mail saya cahaya.nurul14@yahoo.com okay:)

So, kita terus jelah pada topik kan. Suka sangat kau kan lari topik. Actually, masa cuti ni lah masa paling sesuaaii sekali untuk aku berjumpa dengan kawan yang dah lama berpisah, sebab masing-masing pun dah sambung belajar. dah tu lain-lain tempat memang susah sangat lah kan nak jumpa. Jadinya, aku dan kawan-kawan sekerja pun start to plan untuk berjumpa. So.. here the place. BTC (aku sangat lupa BTC tu stand for apa. Im so sorry)






Oh! kalau korang nak share tempat-tempat yang best yang korang selalu makan atau baru first try makan di situ ke apa ke... tak kisah lah negeri mana pun, mind to share with me. How?

1) through e-mail cahaya.nurul14@yahoo.com
                               or
2) facebook https://www.facebook.com/tieka.debisa